Tuesday, May 10, 2011

Sketsa Kehidupan:Jangan jaga tepi kain orang?

Cik Minah:Assalamualaikum,Rosmah ooh Rosmah".

Rosmah:Waalaikumussalam,ade ape Cik Minah oii? nak ajak mengumpat ker pagi-pagi nie? i join....

Cik Minah:Ehh" takde la,aku cuma nak bagitahu yang anak kau si Salim bawak anak dara orang bonceng motor."Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.

Rosmah:Kau jangan nak tipu la Cik Minah",aku kenal la anak aku macam mana.Dia tak buat perkara-perkara tak baik macam tu.Kau saje jer nak buat fitnah kan?

Cik Minah:Ehh",mane ade aku tipu.Aku memang nampak betul-betul tadi masa baru balik dari pasar."Bukan main mesra lagi diorang tu...

Rosmah:"Aahh..kau jangan nak buat fitnah.Aku tetap takkan percaya dan satu lagi aku nak bagitahu,"kau jangan nak menyibuk jaga tepi kain orang.

Cik Minah: .............


Keesokkan harinya....

"Seperti biasa kalau nak pergi ke pasar,Cik Minah akan melalui di depan rumah Rosmah...Tiba-tiba!!! terdengar sahutan Rosmah memanggil-manggil Cik Minah...

Rosmah:"Cik Minah oiii,boleh tak mintak tolong angkat kain yang aku jemur tu,jatuh kat tanah la, nanti kotor pulak kan.Letih nak membasuhnya.

Cik Minah:"Maaf Rosmah,aku tak jaga tepi kain orang.

Rosmah:Err.....




Ehsan dari google images...

Why?why? why?,konsep jaga tepi kain orang telah disalah tafsir sehinggakan orang yang bagi nasihat dikatakan menjaga tepi kain orang.Apabila seseorang menyampaikan sesuatu berita kepada kita bukan bermakna dia berniat nak menjaga tepi kain kita tetapi ia mungkin sekadar teguran supaya maruah keluarga kita terjaga.Contohnya,jika tiada sesiapa yang menyampaikan berita tentang keburukan anak-anak kita maka kemungkinan hal keburukan yang kecil boleh menimbulkan kepada keburukan yang lebih besar."Kalau maruah keluarga kita dah jatuh gara-gara tiada sesiapa yang memberitahu tentang perbuatan anak-anak kita jangan menyesal pulak.So,konsep jaga tepi kain orang ni adakalanya relevan dan adakalanya tidak relevan  kerana ia bergantung kepada situasi permasalahan itu sendiri.Mana satu yang kita nak pilih,adakah konsep jangan jaga tepi kain orang? atau konsep amal makruf nahi mungkar?.


Kata aku:Menjaga tepi kain orang yang sebenar adalah perbuatan yang sengaja mencari aib orang lain dan menyebarkan aib mereka dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang.

P/s:Abaikan nama watak diatas....wuuhuuu...

Thursday, May 5, 2011

Ohh Cinta:Kalau sayang kenapa touch-touch?


Syaiton and the gang's.


"Aku memang pencinta wanitaaa...,nada dering telefon bimbit seorang lelaki berbunyi",dia bingkas bangun dari tidur dan menjawab panggilan tersebut.Suara manja panggilan seorang wanita itu seakan kedengaran yang memanggil dengan perkataan sayang dan mereka terus berbual dalam gelak tawa yang mesra ,memujuk,merayu-rayu serta saling memuji.Setelah beberapa minit berbual",dengan tutur yang lembut dan memujuk si lelaki mengajak si wanita untuk keluar bersama-sama malam ini.Pada mulanya,si wanita tersebut seakan menolak,namun dia telah tewas dengan pujuk rayu si lelaki tersebut dan kelihatan beberapa ekor syaitan telah mengambil port nak perdajalkan mereka berdua dengan habis-habisan.Sesampainya di restoren,mereka mengambil tempat di tepi dinding kaca  yang dihiasi pancaran cahaya bulan yang menambahkan lagi kecantikkan si wanita tersebut."Seusai memesan menu,mereka kelihatan berbual manja dan bergurau mesra di temani cahaya lilin.


"Kelihatan beberapa ekor syaitan sedang asyik memerhati pasangan tadi dan cuba untuk menghasut pasangan tersebut supaya saling berpegang tangan.Pada mulanya,rancangan syaitan tersebut tidak menjadi,"tiba-tiba!!! tanpa disengajakan tangan mereka telah bersentuhan dan dari bersentuhan sehinggalah erat-erat tangan mereka saling bermanja serta memadu kasih."Sambil si lelaki itu membelai-belai lembut tangan si wanita itu,kedengaran kata-kata cinta terhambur dari bibir si lelaki tersebut.Setelah asyik bermadu kasih,"kelihatan syaitan-syaitan mula menghasut supaya mereka membuat adegan ringan-ringan.


"Maka terjadilah adegan ditempat yang agak sunyi dan ditemani dengan siulan cengkerik yang menambahkan lagi suasana romantik yang mereka cipta."Di sudut yang lain,kelihatan beberapa ekor syaitan melompat-lompat kegembiraan sambil menyanyi lagu lady gaga "bad romance" dan berkata syaitan-syaitan tersebut,"hahaha...aku telah berjaya menyesatkan kalian."Hari semakin berlalu,mereka masih lagi dengan adegan yang ringan-ringan,nampaknya syaitan begitu nekad untuk memperdajalkan mereka sehingga ke adegan yang lebih dashyat."Masa yang ditunggu telah tiba,segala persiapan telah diatur dengan rapi."Hotel telah di sewa,lauk telah tersedia dan hanya menunggu masa untuk diratah."Kelihatan syaitan mula bersuka-ria menantikan adegan tersebut berlangsung dan berlatarkan lampu yang samar-samar bilik hotel tersebut maka terjadilah adegan yang....bersambung...
(scene yang last tu aku dah tak ingat..hihihi).



Jangan jadi seperti ini.


So,ramai sekarang orang ini telah menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka ke jalan yang salah.Contohnya pasangan yang bercinta,mereka sanggup melanggar syariat agama semata-mata untuk memberi makan kepada nafsu mereka dan sedangkan mereka tahu perbuatan tersebut adalah berdosa.Aku nak tanya kepada lelaki,adakah ini yang dinamakan sayang ? adakah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita itu cara kau telah membuktikan sayangmu pada seorang wanita ? adakah cara yang merosakkan masa depan seorang wanita boleh menterjemahkan rasa sayangmu pada seorang wanita?.Aku nak tanya kepada wanita,mengapakah lelaki yang menzahirkan sayangnya dengan merobek maruahmu yang kau setia ? mengapakah kau sanggup menyerahkan jiwa dan ragamu kepada lelaki yang tidak halal bagimu? mengapakah kau tidak bisa menjaga dirimu dari godaan kata nista seorang lelaki? dan ternyata kamu semua telah memilih jalan yang salah untuk menzahirkan nikmat kasih dan sayang kurniaan Allah s.w.t.

Kalau difikirkan,adakah dinamakan seorang lelaki sayangkan seorang wanita namun,merosakkannya seperti sayangnya seseorang kepada intan dan berlian namun,membiarkan barang tersebut dicuri orang lain.Jika seseorang lelaki sayangkan seseorang wanita,mereka pasti akan menjaga maruah seseorang wanita itu sehinggalah saat lafaz sakinah berkumandang dan disitulah bermulanya perjalanan cinta dua insan yang bercinta.


                                
Saat lafaz sakinah berkumandang.


So,kembalilah kita kepada destinasi cinta yang sebenar,zahirlah cinta dan sayang kita hanya kepada yang layak iaitu suami kepada isteri dan isteri kepada suami kerana itulah fitrah cinta manusia yang halal.

P/S:Sebab itulah islam mencegah kita dari menghampiri kita kerana tidaklah berlaku perkara kecil dahulu sehingga merebak kepada yang lebih besar."Kalau ada lelaki yang nak touch-touch nie,apa kata korang nyanyi lagu faizai tahir (karma)"ehh..ehh..ehh..jangan kau sentuh aku bukan boneka...selamat mencuba..wakaka




"Kata aku:Nasib baik aku tak hensem,so takdelah awek yang nak  ajak aku couple sebelum kahwin dan kuranglah langkahku untuk menghampiri zina... sob..sob..sob... :(