Tuesday, May 10, 2011

Sketsa Kehidupan:Jangan jaga tepi kain orang?

Cik Minah:Assalamualaikum,Rosmah ooh Rosmah".

Rosmah:Waalaikumussalam,ade ape Cik Minah oii? nak ajak mengumpat ker pagi-pagi nie? i join....

Cik Minah:Ehh" takde la,aku cuma nak bagitahu yang anak kau si Salim bawak anak dara orang bonceng motor."Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.

Rosmah:Kau jangan nak tipu la Cik Minah",aku kenal la anak aku macam mana.Dia tak buat perkara-perkara tak baik macam tu.Kau saje jer nak buat fitnah kan?

Cik Minah:Ehh",mane ade aku tipu.Aku memang nampak betul-betul tadi masa baru balik dari pasar."Bukan main mesra lagi diorang tu...

Rosmah:"Aahh..kau jangan nak buat fitnah.Aku tetap takkan percaya dan satu lagi aku nak bagitahu,"kau jangan nak menyibuk jaga tepi kain orang.

Cik Minah: .............


Keesokkan harinya....

"Seperti biasa kalau nak pergi ke pasar,Cik Minah akan melalui di depan rumah Rosmah...Tiba-tiba!!! terdengar sahutan Rosmah memanggil-manggil Cik Minah...

Rosmah:"Cik Minah oiii,boleh tak mintak tolong angkat kain yang aku jemur tu,jatuh kat tanah la, nanti kotor pulak kan.Letih nak membasuhnya.

Cik Minah:"Maaf Rosmah,aku tak jaga tepi kain orang.

Rosmah:Err.....




Ehsan dari google images...

Why?why? why?,konsep jaga tepi kain orang telah disalah tafsir sehinggakan orang yang bagi nasihat dikatakan menjaga tepi kain orang.Apabila seseorang menyampaikan sesuatu berita kepada kita bukan bermakna dia berniat nak menjaga tepi kain kita tetapi ia mungkin sekadar teguran supaya maruah keluarga kita terjaga.Contohnya,jika tiada sesiapa yang menyampaikan berita tentang keburukan anak-anak kita maka kemungkinan hal keburukan yang kecil boleh menimbulkan kepada keburukan yang lebih besar."Kalau maruah keluarga kita dah jatuh gara-gara tiada sesiapa yang memberitahu tentang perbuatan anak-anak kita jangan menyesal pulak.So,konsep jaga tepi kain orang ni adakalanya relevan dan adakalanya tidak relevan  kerana ia bergantung kepada situasi permasalahan itu sendiri.Mana satu yang kita nak pilih,adakah konsep jangan jaga tepi kain orang? atau konsep amal makruf nahi mungkar?.


Kata aku:Menjaga tepi kain orang yang sebenar adalah perbuatan yang sengaja mencari aib orang lain dan menyebarkan aib mereka dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang.

P/s:Abaikan nama watak diatas....wuuhuuu...

Thursday, May 5, 2011

Ohh Cinta:Kalau sayang kenapa touch-touch?


Syaiton and the gang's.


"Aku memang pencinta wanitaaa...,nada dering telefon bimbit seorang lelaki berbunyi",dia bingkas bangun dari tidur dan menjawab panggilan tersebut.Suara manja panggilan seorang wanita itu seakan kedengaran yang memanggil dengan perkataan sayang dan mereka terus berbual dalam gelak tawa yang mesra ,memujuk,merayu-rayu serta saling memuji.Setelah beberapa minit berbual",dengan tutur yang lembut dan memujuk si lelaki mengajak si wanita untuk keluar bersama-sama malam ini.Pada mulanya,si wanita tersebut seakan menolak,namun dia telah tewas dengan pujuk rayu si lelaki tersebut dan kelihatan beberapa ekor syaitan telah mengambil port nak perdajalkan mereka berdua dengan habis-habisan.Sesampainya di restoren,mereka mengambil tempat di tepi dinding kaca  yang dihiasi pancaran cahaya bulan yang menambahkan lagi kecantikkan si wanita tersebut."Seusai memesan menu,mereka kelihatan berbual manja dan bergurau mesra di temani cahaya lilin.


"Kelihatan beberapa ekor syaitan sedang asyik memerhati pasangan tadi dan cuba untuk menghasut pasangan tersebut supaya saling berpegang tangan.Pada mulanya,rancangan syaitan tersebut tidak menjadi,"tiba-tiba!!! tanpa disengajakan tangan mereka telah bersentuhan dan dari bersentuhan sehinggalah erat-erat tangan mereka saling bermanja serta memadu kasih."Sambil si lelaki itu membelai-belai lembut tangan si wanita itu,kedengaran kata-kata cinta terhambur dari bibir si lelaki tersebut.Setelah asyik bermadu kasih,"kelihatan syaitan-syaitan mula menghasut supaya mereka membuat adegan ringan-ringan.


"Maka terjadilah adegan ditempat yang agak sunyi dan ditemani dengan siulan cengkerik yang menambahkan lagi suasana romantik yang mereka cipta."Di sudut yang lain,kelihatan beberapa ekor syaitan melompat-lompat kegembiraan sambil menyanyi lagu lady gaga "bad romance" dan berkata syaitan-syaitan tersebut,"hahaha...aku telah berjaya menyesatkan kalian."Hari semakin berlalu,mereka masih lagi dengan adegan yang ringan-ringan,nampaknya syaitan begitu nekad untuk memperdajalkan mereka sehingga ke adegan yang lebih dashyat."Masa yang ditunggu telah tiba,segala persiapan telah diatur dengan rapi."Hotel telah di sewa,lauk telah tersedia dan hanya menunggu masa untuk diratah."Kelihatan syaitan mula bersuka-ria menantikan adegan tersebut berlangsung dan berlatarkan lampu yang samar-samar bilik hotel tersebut maka terjadilah adegan yang....bersambung...
(scene yang last tu aku dah tak ingat..hihihi).



Jangan jadi seperti ini.


So,ramai sekarang orang ini telah menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka ke jalan yang salah.Contohnya pasangan yang bercinta,mereka sanggup melanggar syariat agama semata-mata untuk memberi makan kepada nafsu mereka dan sedangkan mereka tahu perbuatan tersebut adalah berdosa.Aku nak tanya kepada lelaki,adakah ini yang dinamakan sayang ? adakah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita itu cara kau telah membuktikan sayangmu pada seorang wanita ? adakah cara yang merosakkan masa depan seorang wanita boleh menterjemahkan rasa sayangmu pada seorang wanita?.Aku nak tanya kepada wanita,mengapakah lelaki yang menzahirkan sayangnya dengan merobek maruahmu yang kau setia ? mengapakah kau sanggup menyerahkan jiwa dan ragamu kepada lelaki yang tidak halal bagimu? mengapakah kau tidak bisa menjaga dirimu dari godaan kata nista seorang lelaki? dan ternyata kamu semua telah memilih jalan yang salah untuk menzahirkan nikmat kasih dan sayang kurniaan Allah s.w.t.

Kalau difikirkan,adakah dinamakan seorang lelaki sayangkan seorang wanita namun,merosakkannya seperti sayangnya seseorang kepada intan dan berlian namun,membiarkan barang tersebut dicuri orang lain.Jika seseorang lelaki sayangkan seseorang wanita,mereka pasti akan menjaga maruah seseorang wanita itu sehinggalah saat lafaz sakinah berkumandang dan disitulah bermulanya perjalanan cinta dua insan yang bercinta.


                                
Saat lafaz sakinah berkumandang.


So,kembalilah kita kepada destinasi cinta yang sebenar,zahirlah cinta dan sayang kita hanya kepada yang layak iaitu suami kepada isteri dan isteri kepada suami kerana itulah fitrah cinta manusia yang halal.

P/S:Sebab itulah islam mencegah kita dari menghampiri kita kerana tidaklah berlaku perkara kecil dahulu sehingga merebak kepada yang lebih besar."Kalau ada lelaki yang nak touch-touch nie,apa kata korang nyanyi lagu faizai tahir (karma)"ehh..ehh..ehh..jangan kau sentuh aku bukan boneka...selamat mencuba..wakaka




"Kata aku:Nasib baik aku tak hensem,so takdelah awek yang nak  ajak aku couple sebelum kahwin dan kuranglah langkahku untuk menghampiri zina... sob..sob..sob... :(

                               

Monday, April 25, 2011

Ohh Nasihat:Bertutup lebih baik.

Assalamualaikum & salam sejahtera.




"Suatu hari ada seorang wanita bukan islam bertanya kepada seorang lelaki muslim,"kenapa wanita islam memakai jilbab? tidak rimas ke?,tanpa berkata-kata lelaki terbabit telah mengambil dua biji gula-gula dan yang satu di bukakan kulitnya manakala yang satu lagi dibiarkan kulit membungkus gula-gula tersebut lalu dibuangkan kedua-dua gula-gula itu ke tanah."Setelah itu lelaki terbabit bertanya",kalau diberi pilihan sama ada wanita terbabit ingin mengambil gula-gula yang masih terbungkus dengan kulit atau gula-gula yang tidak terbungkus dan telah tercemar kerana dibuang di atas tanah?lalu wanita itu menjawab ",sudah semestinya saya akan memilih gula-gula yang masih terbungkus."Seterusnya kata lelaki muslim ,itulah jawapan atas pertanyaan kamu.


Firman Allah s.w.t dalam mafhumnya:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
(Surah An.Nuur -31).




Contoh penutupan aurat secara sempurna.

So,aku sebagai manusia bertopengkan hantu ingin memberi sedikit nasihat untuk wanita islam di luar sana.Kepada wanita islam di luar sana atau di sini yang masih lagi tidak menutup aurat dan masih tertanya-tanya kenapa perlu menutup aurat "tidak itu diskriminasi terhadap wanita?,"kenapa tidak pula bagi lelaki?.Hah!!!ni Mr.Ghost nak beritahu,islam menyeru wanita untuk menutup aurat bukanlah satu bentuk diskriminasi tetapi adalah satu penghormatan kepada wanita dan syariat ini adalah untuk mengangkat darjat serta kemuliaan seorang wanita.Kalau difikirkan "adilkah bagi  suamimu wahai wanita yang melihat auratmu setelah engkau mempertontonkan kepada khalayak?walhal mereka adalah yang halal bagimu dan hanya merekalah yang layak mendapat pengiktirafan bagi melihat sebujur tubuhmu."Ingatlah Allah s.w.t lebih tahu apa yang lebih baik untuk insan ciptaanNya sebab itulah disyariatkan penutupan aurat.

"Kata Aku:Adilkah bagi aku melihat aurat isteriku setelah ia dipertontonkan kepada khayalak?(mood:nak kahwin.wakaka.....)



Tuesday, February 1, 2011

Ohh Lelaki:Fenomena lelaki memakai baju pink.

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Sedang asyik berjalan-jalan melihat pakaian di sebuah shopping complex,aku seakan tersentak seketika apabila melihat ramai di kalangan kaum Adam yang memakai baju berwarna "pink" atau nama sainstifiknya "merah jambu".Suatu ketika dahulu,ramai yang mengetahui warna "pink" ni menjadi feveret hanya kepada kaum Hawa sahaja akan tetapi revolusi fesyen telah sedikit-sebanyak merubah gaya pemakaian bagi kaum Adam.Opss.. sebelum terlupa!!!,tidak dinafikan ada juga lelaki pada waktu ,detik dan tika dahulu lelaki yang memakai pakaian berwarna "pink" tetapi ia dipelopori oleh golongan lelaki yang b'topengkan wanita atau dikenali sebagai spesis sotong "auww2....gitu...(aku tidak terlibat)...


                                                
                  body mantop tapi baju pink "geli" :P...


Namun,kita tidak lagi bercakap tentang masa dahulu tapi kita bercakap tentang masa sekarang.Mengapa hal ini berlaku???,mengapa ramai lelaki yang memakai baju pink???.Fenomena lelaki memakai baju "pink" semakin menjadi-jadi dan sekarang ini telah bertukar arah angin daripada lelaki sotong kepada lelaki normal yang badan fuhh mantop,muka tahap pecah rumah dll. (macam aku) - normal lagi sejati tapi muka bukan pecah rumah........


Tanda tanya: Apakah yang menyebabkan revolusi ini berlaku???

Jawapan aku:   :P




                                             


                                                    
    Baju pink ,kot hitam tak matching langsung,semakin bertambah geli.....



Tadaaaa!!!!.Setelah membuat sedikit research dan inovation dan bertanya kepada beberapa orang responden maka jawapan mereka adalah kerana "terpengaruh dengan gaya fesyen artis" dan dah semakin pelik aku tengok fesyen "zaman edang" ini - pepatah jawa.Contoh,pakai seluar tunjuk "boxer",pakai baju yang ada perkataan pelik contohnya," ugly music for ugly people","saya sayang mak saya",dan sewaktu dengannya.


Namun,ada juga responden yang lain mengatakan bahawa fenomena lelaki memakai baju "pink" disebabkan oleh cinta sebab ada golongan yang mengatakan bahawa warna "pink" adalah warna cinta dan pemakaian baju berwarna "pink" adalah kerana ingin menunjukkan bahawa mereka memahami cinta tetapi ada wanita mengatakan bahawa lelaki yang memakai baju "pink" adalah seorang yang romantik. geli :P.

P/S: Memakai tak salah tapi apa yang dipakai menggambarkan siapa diri kita.Pakailah baju apa sekalipun selagi ia tidak melanggar peraturan agama."kata ustaz,yang ketat dilonggarkan,yang nampak ditutupkan dan yang singkat dilabuhkan.


Kata aku:Aku masih tidak boleh  menerima lelaki memakai baju pink...."geli "...:P
                                        

Saturday, January 29, 2011

Ohh Lelaki:Gangguan seksual terhadap lelaki?

Assalamualaikum & salam sejahtera.


 Sedang asyik aku mengira bintang di langit,sesaat sampai bilangan ke dua ratus ribu aku berhenti dan terus membuka laptop usangku yang dikongsi sejak turun-temurun.(bukan itu yang aku nak cerita)....

Berbalik kepada tajuk di atas,aku jua lelaki yang memahami perasaan lelaki,yang nampak kuat di luarannya,yang dilihat seorang mempunyai semangat yang tinggi,yang digambarkan seorang yang berani.Namun,disebalik itu jangan terkejut!!!, setegar mana pun insan yang bernama lelaki tapi hatinya bisa cair dengan kecantikan,jiwanya bisa luluh dengan keayuan dan jantungnya bisa luruh dek kerana sebujur insan yang bernama wanita.Gangguan seksual kebiasaan disasarkan untuk golongan wanita sahaja tapi dalam keadaan tidak sedar lelaki jua terkena tempias gangguan seksual.(lihat gambar di bawah).



                                    satu bentuk gangguan seksual terhadap lelaki.

Even,gambar tu nampak biasa jer tapi jaga2 wahai wanita ramai mata-mata yang melihat dan memerhatikan anda.Menurut kajian golongan lelaki terangsang 30 kali sehari dan ia datang secara "nature" dan bukan sesuatu yang luar biasa jika "temperature" lelaki naik walaupun hanya melihat aurat wanita sahaja.


                                                                
   "Jika tak naik maka segeralah buat medical check up di hospital berhampiran".


Apabila "temperature" lelaki naik mendadak maka banyak perkara pelik bakal berlaku.Yang haram dihalalkan.Aku bukan melihat aurat tapi aku melihat keindahan ciptaan Tuhan dijadikan alasan.So,hentikan gangguan seksual terhadap lelaki kerana lelaki suka melihat akan keindahan tetapi jika keindahan itu adalah aurat wanita yang tidak halal baginya maka itu adalah satu bentuk penyiksaan.
"Kata ustaz ,yang terbuka ditutupkan,yang sendat dilonggarkan,yang singkap dilabuhkan maka mata yang melihat bakal terhijab.


Kata Aku:Semua yang ditulis hanyalah pendapat "tuan tanah" semata-mata dan tidak bertanggungjawab jika ada mana2 lelaki yang naik "temperaturenye" apabila melihat gambar diatas...kitkitkit....




"Jaga-jaga wahai wanita ada mata-mata yang memerhatikan anda sekarang...............

Monday, December 27, 2010

Ohh Nasihat:Usah berhujah dengan orang yang jahil.

Assalamualaikum & salam sejahtera.




Hari ini aku dapat idea untuk menulis satu entri ( sambil menonton Arsenal vs Chelsea) ,entri ini adalah rentetan satu kata-kata yang aku terlihat,terkelih (bahasa terengganu),ternampak di tempat-tempat yang dirahsiakan.Kata-katanya berbunyi  :-

"Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

So,anda semua mesti  sudah tahu apa maksud jahil kan??,tetapi aku nak beritahu juga apa yang dimaksudkan dengan jahil.Menurut sumber yang dirahsiakan "jahil" membawa maksud tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau dengan bahasa kasar adalah bo***.

Sebenarnya jahil boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk tetapi apa yang ingin aku ulaskan adalah kes seperti di bawah:-

 Jahil = Orang yang tidak pandai tapi memandai-mandai atau orang yang tidak tahu tapi buat-buat tahu.

Aku sangat bersetuju dengan kata-kata Iman Syafie kerana aku juga memang pernah berhadapan dengan kes-kes seperti itu.Kita gunalah apa cara sekalipun untuk mematikan hujah mereka ,namun semuanya bagaikan sia-sia.Jika mereka berkata A" maka A" lah jawabnya dan jika mereka berkata binatang yang berkaki Ayam itulah adalah Lembu ,maka jawabnya Lembu lah dan kalau mereka nasi dikatakan terhasil daripada lalang,maka lalanglah jawabnya.

So,apa yang aku dapat kata, usahlah berhujah dengan orang seperti itu kerana 99.99 % kemungkinan kita tidak akan menang ,carilah cara lain bagi menyedarkan mereka dan mematikan hujah mereka.
(rujuk sumber-sumber yang betul)...

Akhir kata:Walaupun kita tidak pandai tp janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan,namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.



Notis:Semua yang ditulis adalah pendapat "tuan tanah" dan tiada kaitan dengan pak imam kg sebelah.