Monday, December 27, 2010

Ohh Nasihat:Usah berhujah dengan orang yang jahil.

Assalamualaikum & salam sejahtera.




Hari ini aku dapat idea untuk menulis satu entri ( sambil menonton Arsenal vs Chelsea) ,entri ini adalah rentetan satu kata-kata yang aku terlihat,terkelih (bahasa terengganu),ternampak di tempat-tempat yang dirahsiakan.Kata-katanya berbunyi  :-

"Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

So,anda semua mesti  sudah tahu apa maksud jahil kan??,tetapi aku nak beritahu juga apa yang dimaksudkan dengan jahil.Menurut sumber yang dirahsiakan "jahil" membawa maksud tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau dengan bahasa kasar adalah bo***.

Sebenarnya jahil boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk tetapi apa yang ingin aku ulaskan adalah kes seperti di bawah:-

 Jahil = Orang yang tidak pandai tapi memandai-mandai atau orang yang tidak tahu tapi buat-buat tahu.

Aku sangat bersetuju dengan kata-kata Iman Syafie kerana aku juga memang pernah berhadapan dengan kes-kes seperti itu.Kita gunalah apa cara sekalipun untuk mematikan hujah mereka ,namun semuanya bagaikan sia-sia.Jika mereka berkata A" maka A" lah jawabnya dan jika mereka berkata binatang yang berkaki Ayam itulah adalah Lembu ,maka jawabnya Lembu lah dan kalau mereka nasi dikatakan terhasil daripada lalang,maka lalanglah jawabnya.

So,apa yang aku dapat kata, usahlah berhujah dengan orang seperti itu kerana 99.99 % kemungkinan kita tidak akan menang ,carilah cara lain bagi menyedarkan mereka dan mematikan hujah mereka.
(rujuk sumber-sumber yang betul)...

Akhir kata:Walaupun kita tidak pandai tp janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan,namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.



Notis:Semua yang ditulis adalah pendapat "tuan tanah" dan tiada kaitan dengan pak imam kg sebelah.