Saturday, January 29, 2011

Ohh Lelaki:Gangguan seksual terhadap lelaki?

Assalamualaikum & salam sejahtera.


 Sedang asyik aku mengira bintang di langit,sesaat sampai bilangan ke dua ratus ribu aku berhenti dan terus membuka laptop usangku yang dikongsi sejak turun-temurun.(bukan itu yang aku nak cerita)....

Berbalik kepada tajuk di atas,aku jua lelaki yang memahami perasaan lelaki,yang nampak kuat di luarannya,yang dilihat seorang mempunyai semangat yang tinggi,yang digambarkan seorang yang berani.Namun,disebalik itu jangan terkejut!!!, setegar mana pun insan yang bernama lelaki tapi hatinya bisa cair dengan kecantikan,jiwanya bisa luluh dengan keayuan dan jantungnya bisa luruh dek kerana sebujur insan yang bernama wanita.Gangguan seksual kebiasaan disasarkan untuk golongan wanita sahaja tapi dalam keadaan tidak sedar lelaki jua terkena tempias gangguan seksual.(lihat gambar di bawah).



                                    satu bentuk gangguan seksual terhadap lelaki.

Even,gambar tu nampak biasa jer tapi jaga2 wahai wanita ramai mata-mata yang melihat dan memerhatikan anda.Menurut kajian golongan lelaki terangsang 30 kali sehari dan ia datang secara "nature" dan bukan sesuatu yang luar biasa jika "temperature" lelaki naik walaupun hanya melihat aurat wanita sahaja.


                                                                
   "Jika tak naik maka segeralah buat medical check up di hospital berhampiran".


Apabila "temperature" lelaki naik mendadak maka banyak perkara pelik bakal berlaku.Yang haram dihalalkan.Aku bukan melihat aurat tapi aku melihat keindahan ciptaan Tuhan dijadikan alasan.So,hentikan gangguan seksual terhadap lelaki kerana lelaki suka melihat akan keindahan tetapi jika keindahan itu adalah aurat wanita yang tidak halal baginya maka itu adalah satu bentuk penyiksaan.
"Kata ustaz ,yang terbuka ditutupkan,yang sendat dilonggarkan,yang singkap dilabuhkan maka mata yang melihat bakal terhijab.


Kata Aku:Semua yang ditulis hanyalah pendapat "tuan tanah" semata-mata dan tidak bertanggungjawab jika ada mana2 lelaki yang naik "temperaturenye" apabila melihat gambar diatas...kitkitkit....




"Jaga-jaga wahai wanita ada mata-mata yang memerhatikan anda sekarang...............