Tuesday, May 10, 2011

Sketsa Kehidupan:Jangan jaga tepi kain orang?

Cik Minah:Assalamualaikum,Rosmah ooh Rosmah".

Rosmah:Waalaikumussalam,ade ape Cik Minah oii? nak ajak mengumpat ker pagi-pagi nie? i join....

Cik Minah:Ehh" takde la,aku cuma nak bagitahu yang anak kau si Salim bawak anak dara orang bonceng motor."Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.

Rosmah:Kau jangan nak tipu la Cik Minah",aku kenal la anak aku macam mana.Dia tak buat perkara-perkara tak baik macam tu.Kau saje jer nak buat fitnah kan?

Cik Minah:Ehh",mane ade aku tipu.Aku memang nampak betul-betul tadi masa baru balik dari pasar."Bukan main mesra lagi diorang tu...

Rosmah:"Aahh..kau jangan nak buat fitnah.Aku tetap takkan percaya dan satu lagi aku nak bagitahu,"kau jangan nak menyibuk jaga tepi kain orang.

Cik Minah: .............


Keesokkan harinya....

"Seperti biasa kalau nak pergi ke pasar,Cik Minah akan melalui di depan rumah Rosmah...Tiba-tiba!!! terdengar sahutan Rosmah memanggil-manggil Cik Minah...

Rosmah:"Cik Minah oiii,boleh tak mintak tolong angkat kain yang aku jemur tu,jatuh kat tanah la, nanti kotor pulak kan.Letih nak membasuhnya.

Cik Minah:"Maaf Rosmah,aku tak jaga tepi kain orang.

Rosmah:Err.....




Ehsan dari google images...

Why?why? why?,konsep jaga tepi kain orang telah disalah tafsir sehinggakan orang yang bagi nasihat dikatakan menjaga tepi kain orang.Apabila seseorang menyampaikan sesuatu berita kepada kita bukan bermakna dia berniat nak menjaga tepi kain kita tetapi ia mungkin sekadar teguran supaya maruah keluarga kita terjaga.Contohnya,jika tiada sesiapa yang menyampaikan berita tentang keburukan anak-anak kita maka kemungkinan hal keburukan yang kecil boleh menimbulkan kepada keburukan yang lebih besar."Kalau maruah keluarga kita dah jatuh gara-gara tiada sesiapa yang memberitahu tentang perbuatan anak-anak kita jangan menyesal pulak.So,konsep jaga tepi kain orang ni adakalanya relevan dan adakalanya tidak relevan  kerana ia bergantung kepada situasi permasalahan itu sendiri.Mana satu yang kita nak pilih,adakah konsep jangan jaga tepi kain orang? atau konsep amal makruf nahi mungkar?.


Kata aku:Menjaga tepi kain orang yang sebenar adalah perbuatan yang sengaja mencari aib orang lain dan menyebarkan aib mereka dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang.

P/s:Abaikan nama watak diatas....wuuhuuu...

9 comments:

  1. cuba check entri sy adakah ia kategori jaga tepi kain org jugak?? sebab tgh konpius.. Kalau benda yg buruk elok la di ubah.. teguran amat di perlukan utk memperbaiki diri sebab kdg2 kita tak sedar akan kesilpan kita kan??

    ReplyDelete
  2. Panglima:haha...selak-menyelak haruslah dijauhkan..

    TLLS:InsyaALLAH,entry yang mane satu? erm...yup,dah name kite pom manusia mmg tak dapat lari dari buat silap.Sebab ada sahabat nabi menyebut. "Saling menaihatilah kamu,walaupun kamu berada dalam kalangan orang yang perlu dinasihat.

    ReplyDelete